AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
Aqidah Mencorakkan Akhlak - Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif - Model
Akhlak Al-Quran – Akhlak Terhadap Sesama Islam - Al-Quran Sumber Akhlak Mulia.
KATA-KATA ALUAN
Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara
dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu
berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam
ini.
Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti
oleh seseorang insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang
benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula
merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan akal fikiran, keaipan
yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari
berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam.
Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya,
bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk
menghindarkan akhlak yang buruk.
Saya berdoa semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada para pembaca
dalam usaha mengenal akan hati masing-masing, mengenal penyakit-penyakitnya dan
terus pula merawatnya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Kepada penulis buku ini saya juga berdoa kepada Allah S.W.T. agar
diberkati usaha beliau dan menerimanya sebagai amalan yang baik lagi mulia.
AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang
diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada
keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan
gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu
terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan
diyakininya
Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak
dipengaruhi oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang
paisu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai
ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika
aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup
bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan
memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak
yang buruk.
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku
yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza.
Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat.
lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan
akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera.
Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh
nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau.
Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan
luhur.
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan
kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi
oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat
itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak
yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting
di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.
Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan
nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia.
(Riwayat al-Baihaqi)
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam
membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk
menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta
ketinggian hidup manusia di bumi ini.
Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam.
Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai
sumber pengetahuan mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas.
Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan
teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia
dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan
dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.
Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan
mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur
dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang
jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu
jelas dalam perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan
bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di
dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan
kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia
sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Aqidah Mencorakkan Akhlak
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang
dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah
dan gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu
bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada
pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini
dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah
tujuan dan
matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas
mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang
dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai-
bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di
dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang
membentuk berbagai-bagai kebudayaan.
Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan
berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan
aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah
orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.
Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai
orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan
Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat,
yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan
kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh
manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti
malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak
diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi
menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas
mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di
dalam ilmu-Nya.
Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap
kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya.
Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan
setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T.
menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.
Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min
itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah
S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa
"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
S.W.T."
Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang
lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh
mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T.
Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan
kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan
amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang
ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan
dengan raja Rum, yang bermaksud:
'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang
dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada
Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat
daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'
Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di
udara. Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan.
Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak
bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan
perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu
kepadanya.
Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya
bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan
dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama.
Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia,
tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda
di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk
mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.
Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang
murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan
tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang
agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan
orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak
terhadap sesama manusia.
Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah
S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga
akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim,
sepertimana yang ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu
daripada Allah S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan
dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.
Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan
seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza.
Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai
kategori, justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di
kalangan umat manusia. Antara kekufuran
yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh
utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud:
"Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan
bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan
diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan
turunkan malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu
mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)
Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana
percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di
dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang
dinyatakan oleh al-Quran "kehidupan ini cuma di dunia". Manusia
dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata
mereka yang bermaksud:
"Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia.
Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.
Maksudnya: "Dan berkata
pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat
dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini,
hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan
minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)
Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta
ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai
kekufuran Iblis yang bermaksud:
"Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam.
Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada
orang-orang kafir. (al-Baqarah: 34)
Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak
percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka
bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum
Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan
cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan
luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta
mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang
nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)
Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan
mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya
semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain
dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara
hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang
pincang dan bercelaru.
Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang
"pepat di luar rencung di dalam,' "telunjuk lurus kelingking
berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam
mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh
dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya
tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh
Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka
memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran
itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan
Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman.
(al-Baqarah : 8)
Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji
yang mewakiii akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka
berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia
adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan
apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif
Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara
konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman
dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran
menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh
orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan
kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan
pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w.
dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun
akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk
akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak.
Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai
asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat.
la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa
yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik
untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah
tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan
tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan
jelas.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang
menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan
atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh.
Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak
sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah
relatif sifatnya.
Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang
semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak
baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif.
Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak
sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi
dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap
haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan
dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan.
Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang
mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur
iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni
berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut
sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang
bermaksud:
"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah
dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)
Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada
Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap
Allah S.W.T Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang
tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan
sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat
daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka
manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan
generasi baru masyarakat barat.
Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai
dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia
dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh
kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w
Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah
diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya
oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang
menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung".
(al-Qalam: 4)
Juga firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". (al-Ahzaab; 21)
Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para
hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah
diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta
bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu
siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada
waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan
daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah
S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:
" Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama
dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan
belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud
dengan mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)
terdapat pada muka mereka dari kesan sujud". (al-Fath: 29)
Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa
melupakantanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda
Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada
suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah,
pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan
terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan
Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada
tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu
kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai
Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat
tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi
ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azabku amatiah keras". (Ibrahim: 7)
Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah
S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah
S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah
dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T.
semata-mata.
Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan
amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab
dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia
seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:
"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali
dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia". (a-li'lmraan: 112)
Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan
sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa
serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini
menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia
dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan
kehormatan.
Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang
sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang
malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara
seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat.
Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang
berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan
kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka
puasa malah aku mengahwini wanita-wanita".
Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah
tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang
juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta
melaksanakan perintah dan arahannya.
Akhlak Terhadap Sesama Islam
Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam
realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara
sesama orang-orang beriman, secara terperinci.
Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan.
Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan
diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikaniah diantara dua saudara kamu'.
(al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara
satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling
berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota
mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'.
(RiwayatAhmad)
Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang
membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi
perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih
dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)
Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan
kesempurnaan iman. Lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu
dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya.
(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai
menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la
bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang
beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara
sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang
dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah
sedekah." (Riwayat At-Tirmizi)
lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan
hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'...Sebarkantah salam di kalangan kamu". (Riwayat Muslim)
Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi
salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.
Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah
S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan
perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan
silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk
yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan
keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi
kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim
apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga
saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh
seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi". (al-Nisaa'.. 148)
Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan.
Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah
diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun
berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan
disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup
keaibannya didunia dan diakhirat".
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka
menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik,
suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa
sahaja yang didengarnya". (Riwayat
Muslim)
Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka
melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat". (Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam.
Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara
muslimnya (RiwayatAt-Tirmizi)
Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan
kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum
Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Agama ituialahnasihat".Adayangberkata "untuksiapa ya
Rasulullah. Sabdanya "untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin
orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka'.
(Riwayat Bukhari)
Al-Quran Sumber Akhlak Mulia
Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun
tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan
haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan
perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang
menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.
Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia
melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap
angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain.
Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan
berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai
perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa
kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak
manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah
mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia,
sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak
manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia.
Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata,
tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang
zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami
akhlak mulia dan menghayatinya.
No comments:
Post a Comment