Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha
Penyayang.
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang
ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi
Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak
dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana
hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak
menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada
Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu
tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah,
tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu
musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu
benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu
benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar
adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan
keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat
saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.
No comments:
Post a Comment