Tafsir Al-Quran
Oleh
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 78
Ajal
di tangan Allah
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
"Di mana jua kamu berada, maut akan
mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng
yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa':
78)
Ayat
ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan
dirinya
dari
ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di
medan
perang atau di atas hamparan.
Orang yang benar-benar mulia mahu mati di
medan perang sebagaimana sikap yang ditunjukkan
oleh
Khalid Ibnul Walid r.a. ketika ia didatangi tanda-tanda mati (naza'), beliau
berkata:
"Sesungguhnya aku menyaksikan (menyertai)
peperangan yang banyak (sejak zaman Rasulullah
s.a.w. sehingga zaman Umar Ibnul Khattab
menjadi khalifah). Tubuhku dipenuhi dengan
parut-parut luka akibat tusukan senjata musuh.
Tetapi kini (dukacitanya) aku mati di atas
hamparanku sebagai seorang pengecut."
Khalid mengharapkan mati syahid di medan
peperangan tetapi Allah menentukan dia mati di atas
hamparan permaidani di rumahnya bukan di medan
perang, menandakan bahawa ajal ditetapkan
oleh
Allah, tiada siapapun boleh mengubahnya walaupun seseorang itu mengharungi
banyak medan
peperang.
Sesiapapun bila ditentukan matinya di sesuatu
tempat dia akan pergi ke tempat itu ketika sampai
ajalnya. Ini adalah penentuan dari Allah SWT.
Maut
akan memanggil kamu walaupun kamu berada dalam 'Buruj Musyayyadah'. Ulama
berselisih
pendapat dalam mentafsirkan ayat ini. Ada yang
mengatakan ia bermaksud kota yang teguh dan
tinggi. Setengah ulama berpendapat yang
dimaksudkan dengan ayat ini ialah singgahsana dan
istana-istana. Seorang raja akan mati walaupun
duduk di atas singgahsana yang dikawal rapi dalam
istana.
Ulama' lain berpendapat ia bermaksud berada
dalam istana yang dipagari kota yang teguh.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan kalau mereka memperolehi kebaikan
(kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini
adalah dari sisi Allah," dan kalau mereka
ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah
dari
(sesuatu nahas) yang ada padamu." (Surah an-Nisa': 78)
Ini
adalah ucapan orang-orang munafiq yang hidup dalam saf orang Islam. Ulama
berkata yang
dimaksudkan dengan kebaikan di sini ialah
suburnya tanaman, anak dan keluarga semuanya berada
dalam keadaan sihat.
Sebaliknya apabila mereka ditimpa bencana
seperti tanaman tidak subur, anak tidak sihat atau
meninggal dunia mereka pula berkata ini adalah
sial dari Muhamad s.a.w. Inilah ucapan pengikut
Fir'aun ketika menentang Nabi Musa a.s.
sebagaimana diceritakan Allah dalam firman-Nya yang
bermaksud:
"Apabila mereka memperolehi kebaikan,
mereka berkata: "Kebaikan ini untuk kami
semua," apabila ditimpa kejahatan mereka
pula berkata: "Ini adalah sial Musa dan
pengikut-pengikutnya." (Surah al-A'araf:
131).Berkata setengah ulama' bahawa yang
dimaksudkan dengan kebaikan itu ialah
kemenangan yang dicapai dalam Peperangan Badar
manakala yang dimaksudkan dengan keburukan itu
ialah ujian yang diterima dalam Peperangan
Uhud.
Dalam peperangan Badar, orang Islam mencapai
kemenangan walaupun berjumlah 313 orang
sahaja. Mereka diberi kemenangan oleh Allah
dan dapat menawan musuh. Ketika itu golongan
munafiq
berkata: "Ini adalah dari sisi Allah. Kami tidak boleh pergi ke medan
kerana keuzuran."
Padahal mereka tidak berhasrat untuk berjuang
bersama-sama dengan orang-orang yang beriman
dalam peperangan tersebut.
No comments:
Post a Comment