>
Bagaimana mahu melahirkan anak-anak
berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral?
“Selalu saya tekankan, jika baran dan marah
sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh,
bengap atau dungu kepada anak murid,
kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya.
>
Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak
kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau
hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh
hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”
>
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang
pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka
sebagai tanda penghargaan . Kala umur
mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula
renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka,” ujarnya.
>
Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus
dilatih sembahyang jemaah bersama, latih
cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka.
>
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari
daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah,
ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumah tangga. Boleh disuruh
tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke ruma
h suka, dan pergi sekolah pun seronok.
>
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat
dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah
malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,” katanya lagi.
>
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
>
Lazim orang tua, pantang anak menegur
walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa
tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di
bawah akar.
>
Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil
tidak berdosa dan doa mereka Mudah diterima.
Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat
dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun anak anak kalau menegur memang ikhlas dan
jangan ambil endah tidak endah.
>
Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu bila jumpa kawan
baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
>
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
>
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah
insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya
jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan
melawan mereka?
>
“Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan
bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa
semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik
dengan mereka. “Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta
maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
>
“Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya.
Tetapi jangan ambil kesempata n buat
jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah
tunjukkan dalam bentuk bala.
>
“Cuba kita perhatikan kemalangan yang
berlaku setiap hari. Misalnya tayar
kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama
bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika
semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
dengan ibu ?
>
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa
harmoni dan lancar. Tidak rugi jalin hubungan
yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
>
HUBUNGAN DENGAN BAPA
>
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa
menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
“Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan
ibu tetE0pi dalam konteks Islam, kalau
berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah
sekali kepada bapa.
>
“Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang
dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga
dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. “Sebenannya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah
tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi
kita wajib mentaati dan menghorma ti golongan tua.”
>
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
>
“Mentua mesti dimuliakan seperti kita
menghormati orang tua sendini. Kalau mereka
kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya
kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?”
>
“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan
pendam perasaan terhadap mentua yan g terlalu
ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti
ibu bapa kandung,” jelasnya.
>
Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan
anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
>
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama
Allah, kedua rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan
mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim
dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,
Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan
Nabi Ismail tidak ada di rumah isteninya
pun tidak kenal dengan mentuanya. “Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim
kecil hati. Dan sebelum balik d ia
berpesan kepada menantunya suruh suaminya
tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun
menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
>
“Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita ya
berakhlak, lalu diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih
tidak mengenali menantu. Sekali lagi
Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun
tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan
jangan ditukar kepada yang lain.”
Tuan Ibrahim berpesan, “Ibu-ibu tolong
maafkan anak-anak dan Doakan keselamatan
mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan Berdoalah
kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah :
“Jika masih tidak berubah, berdoa lagi
moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal
tulislah wasiat kepada anak-anak. Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah
anak yang soleh. Ibu-ibu juga Amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana
ia mujarab melembutkan hati anak-anak.”
No comments:
Post a Comment