1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan
perintahNya.
3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu
dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu
untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu
tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu
lupakan diri kamu
sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran
daripadanya.
Sedutan nasihat oleh seorang wali Allah,
Ibrahim Adham.
Sabda Nabi s.a.w :
" Dan janganlah dipilih hidup bagai
nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah ,
dunia dengan amalmu ".
Dari Auf bin Malik r.a. katanya : "
RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal
sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan
:" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat,
sihatkanlah dia: maafkanlah dia,
muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya;
basuhlah dia dengan air salju , bersihkan
dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian
putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya
dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan
keluarga yang lebih baik dari isteri
(suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia
kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari
siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin,
hendaknya mayat itu saya."
No comments:
Post a Comment