Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.
Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus
saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan
terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1. Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita..
2. Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa
keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan.
4. Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
5. Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
6. Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi
syaitan.
7. Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan buat keburukan atau maksiat.
8. Jangan
pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan
bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah.
13. Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
Hilang bahagia.
14. Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong
apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita. 16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
orang kepada kita.
18. Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di
sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
No comments:
Post a Comment