...Awan gelap Jahiliyah
telah menutupi sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram, perang
berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah
menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh
kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana gelap
itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. Mulalah langkah
awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa
terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari seluruh dunia; asas-asas
pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan.
Setiap
lembaran kehidupan orang-orang besar layak dikaji dan diteliti dengan cermat.
Kadang-kadang keperibadian seseorang demikian besar dan agung sehingga seluruh
tahap kehidupannya, bahkan masa bayi dan kanak-kanaknya, menjadi misteri.
Kehidupan orang-orang cerdas, pemimpin masyarakat dan pelopor kafilah
peradaban, biasanya menarik dan mengandungi peristiwa-peristiwa aneh dan
menakjubkan. Sejak lahir hingga mati, kehidupan mereka mengandungi misteri.
Masa kanak-kanak dan remaja orang besar sungguh mengagumkan dan ajaib.
Taurat dan Al-Quran menggambarkan masa
kanak-kanak Nabi Musa sebagai penuh misteri, dengan menyebutkan, “Ratusan anak
tak berdosa dipancung supaya Musa tidak dilahirkan. Namun, kerana Allah
menghendaki kemunculannya di dunia, maka bukannya musuhnya berbuat jahat
kepadanya, malah Fir’aun sendiri, musuh terbesarnya, menjadi pengasuhnya.”
Al-Quran merakamkan, “Ketika Kami
ilhamkan kepada ibumu (ibu Musa) suatu ilham, iaitu, Letakkanlah ia (Musa) di
dalam peti, kemudian lemparkanlah ke dalam sungai (Nil), maka pasti sungai itu
membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuh-Ku dan musuhnya (Fir’aun).” Aku
telah melimpahkan kepadamu kasih sayang-Ku, supaya kamu diasuh di bawah
pengawasan-Ku. (Iaitu) ketika saudaramu yang perempuan berjalan lalu ia berkata
(kepada keluarga Fir’aun), “Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang akan
memeliharanya?” Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan
tidak berduka cita .....”(Surah Thaha : 38-40)
Masa kehamilan, kelahiran, dan
pengasuhan Nabi Isa bahkan lebih ajaib lagi. Al-Quranul Karim menuturkan masa
pertumbuhan Isa sebagai berikut:
“......Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“......Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri
dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan
anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai,
alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak
bererti serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah,
‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak
sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya
pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka minum, makan,
dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah,
“Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa demi Tuhan Yang Maha Pemurah,
maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”
“Lalu Maryam membawa anak itu kepada kaumnya. Kaumnya
berkata, ‘Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat
mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang
jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah penzina.”
“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata,
‘Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?”
“Berkatalah bayi itu (Isa), ‘Sesungguhnya aku ini
hamba Allah. Dia memberiku Alkitab dan Dia menjadikan aku seorang
Nabi.”(Surah Maryam : 17-30)
Bila orang yang beriman kepada
Al-Quran dan Taurat, dan pengikut Nabi Isa, membenarkan fakta-fakta di atas
berkaitan dengan kelahiran dua Nabi besar tersebut, seharusnya mereka tidak
hairan terhadap peristiwa-peristiwa luar biasa yang menyertai kelahiran Nabi
Muhammad SAW. Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad
lahir, dinding istana Khosrow retak dan beberapa menaranya runtuh. Api kuil di
Parsi padam. Tasik Sawah mengering. Berhala-berhala di Kaabah tumbang. Cahaya
dari tubuh Nabi naik ke langit dan menerangi tempat-tempat yang dilaluinya.
Anusyirwan dan pendita-pendita Zarahustra bermimpi yang menakutkan. Ketika
lahir, Nabi suci itu sudah disunat dan pusatnya pun sudah dipotong. Saat lahir
ke dunia, baginda berkata, “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dia-lah yang harus
disembah siang dan malam.”
Semua keterangan ini disajikan dalam
naskhah sejarah yang benar dan dalam koleksi hadis-hadis sahih.(Bihar Al-Anwar,
XV, Bab 3, m.s. 231-248) Memperhatikan fakta-fakta menyangkut Nabi Musa dan
‘Isa, yang dikemukakan di atas, tak ada dasarnya untuk ragu dalam penerimaan
kejadian-kejadian ini.
Para penulis sirah (sejarah/biografi)
Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di Tahun Gajah 570 M. Adalah
pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632 M. Bila saat itu usianya
62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan
sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal, walaupun mereka berbeza pendapat
tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah sepakat bahawa baginda
lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang sama.
Hari ketujuh telah tiba. Seekor domba
disembelih Abd al-Muttalib sebagai ungkapan rasa syukurnya kepada Allah.
Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang besar itu,
dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan cucunya “Muhammad”. Ketika
ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal nama itu jarang dipakai orang
Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Tsabit
berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri. Dengan
demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya adalah Muhammad
(patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar kata yang sama dan
mengandungi makna yang sama pula”.
Pastilah bahawa ilham suci memainkan
peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun nama “Muhammad” dikenali di
kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga waktu itu yang diberi nama
yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang dikumpulkan para sejarawan, hanya
enam belas orang yang diberi nama ini sebelum Nabi.”
Hampir tak perlu dikatakan, semakin
sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula peluang salah faham tentang
kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan kedatangan Islam berikut
nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang khusus dari Nabi, maka
tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak muncul suatu kekeliruan.
Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting bahawa nama itu harus dipakai
oleh demikian sedikit orang sehingga tidak ada keraguan atas identitinya,
khususnya bilamana sifat dan tanda-tandanya dicantumkan. Dengan begitu, orang
yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat dikenali
dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam surah Ali Imran
ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab ayat (4),
baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda disebut
Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah kerana ibunda Nabi
sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai Muhammmad).
Nabi disusui ibunya hanya selama tiga
hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya.
a. Suwaibah: wanita hamba sahaya Abu Lahab.
Ia menyusui Nabi selama empat bulan,
dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah, sepanjang
hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi berniat membelinya. Baginda
mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk mengadakan tawar-menawar, namun
Abu Lahab menolak menjualnya. Bagaimanapun, Suwaibah menerima bantuan dari Nabi
sepanjang hidupnya. Sekembalinya Nabi dari Perang Khaibar, berita kematian
Suwaibah sampai kepada baginda. Tanda kesedihan terlihat di wajahnya. Baginda
mencari putera Suwaibah, dengan maksud memberi bantuan, tapi baginda dilaporkan
bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal lebih dahulu.
b. Halimah: puteri Abi Zuwaib dari suku Sa’ad bin
Hawazan. Ia mempunyai tiga anak: Abdullah, Anisah, dan Syima’. Syima’ juga
turut mengasuh Nabi.
Sudah menjadi kebiasaan, keluarga
bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu. Biasanya para
ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak dapat dibesarkan di udara
gurun yang segar serta tumbuh kuat dan sihat. Selain itu, di persekitaran
gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan penyakit seperti di kota Makkah.
Mereka juga dapat belajar bahasa Arab di kawasan yang masih asli ini. Para
penyusu suku Bani Sa’ad sangat terkenal di kawasan ini. Mereka mengunjungi
Makkah pada waktu-waktu tertentu, lalu masing-masing membawa pulang seorang
bayi.
Empat
bulan selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah.
Tahun itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat
memerlukan pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Sejarah
meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal
masa kanak-kanak hingga kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya.
Keseluruhannya menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.
Kini
kita tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib.
Bila kisah ini dihayati, maka ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran
dan kemuliaan Nabi SAW.
a. Halimah berkata: “Ketika memikul tanggungjawab
membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan menyusui sang bayi di situ juga di
hadapan ibunya. Saya masukkan puting buah dada kiri yang
berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka susu sebelah kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak
kelahiran anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya
dengan sebelah kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang
kering itu pun berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir
kehairanan.”
b. Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad
ke rumah, saya menjadi lebih makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”
Kita dapati peristiwa serupa dalam
Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi Isa). “Maka rasa sakit
akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia
berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi
sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari
tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah
menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu,
nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”(Surah
Maryam : 23-25)
Memang terdapat perbezaan besar antara
Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan perbezaan serupa juga ada di
antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan keunggulan peribadi Maryam
menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak mustahil kedudukan dan
darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu susunya layak mendapat
kurnia Allah.
Lebih jauh kita ketahui tentang Maryam
dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah mengangkatnya sedemikian rupa
sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati
makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari mana kamu memperolehi (makanan)
ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi Allah.”(Surah Ali Imran : 37)
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan
kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Nabi
tinggal selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu,
ada dua atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.
Kali pertama Halimah membawanya kepada
ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun, Halimah mendesak Aminah
untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak itu telah menjadi sumber
kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan permintaan Halimah adalah
lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah waktu itu.
Kali kedua Halimah membawa Muhammad ke
Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari Etiopia di Hijaz.
Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka mendapatkan bahawa
semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa, sebagaimana disebutkan
dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana itu, mereka memutuskan untuk
menguasai anak itu bagaimanapun caranya, dan akan membawanya ke Ethiopia,
supaya negeri itu memperolehi kehormatan mempunyai Nabi.
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran,
tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam Injil. Oleh itu, sangatlah
wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali orang yang tanda-tandanya
lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan ingatlah ketika Isa Putera
Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi
khabar gembira dengan (akan datangnya) seorang rasul sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad).’ Tapi tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan
bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang nyata.”Suarh
Ash-Shaf : 6.
Ada lagi ayat lain yang menunjukkan
dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam Kitab-Kitab Suci, dan
orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah Al-A'raf : 157.
No comments:
Post a Comment