Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was
Salaam 'ala Rasulillah.
Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi
muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak
sebagai individu muslim yang beribadat
kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang
baik dan tidak menyakiti seseorang,
kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi
lagi.
Lebih dari itu, Islam kita adalah
merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan
sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam.
Satu daulah dan negara. Islam kita adalah
jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih
terhadap Islam. Fahaman itulah yang
mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang
meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan
dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan
oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu
dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan
kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di
dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi,
perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya.
Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan
kita berusaha dan berjuang dengan
bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman
Allah Taala:
"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan
(sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al
Baqarah: 193)
Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan
agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak
mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan
KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia
mengasingkan dirinya dari saudara-saudara
muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi
kepada mereka, segala gangguan, sama ada
berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah
(s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk
rantau di muka bumi.
"Barangsiapa yang tidak memperdulikan
urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud
Hadith)
Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini
mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh
membangunkan Ad Daulah al-Islamiah
(pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik
tolak dari situlah kita akan membangunkan
kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat).
Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah
ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Betapa besarnya bahaya dan bencana yang
telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di
kalangan umat Islam, serangan dari
musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam,
fitnah-fitnah terhadap muslimin yang
bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin
yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka
yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah
dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk
menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari
tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya
AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas
segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.
Ad-Daulah-Islamiah yang mampu
menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta
menegakkan syariat Islam di selurnh dunia.
Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab
mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja
terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah
dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah
dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki
dan perempuan yang sedang berada di dalam
zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman
kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya
seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan
menanggung dosa besar apabila mereka tidak
berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad
Daulah Islamiah.
No comments:
Post a Comment