..Seorang
soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat
tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap
ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap
syair.
Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu
Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya
Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya
Pada kubur ketiga
terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya
wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya
wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa
Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita
desanya.
“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu
ini.” kata orang soleh.
“Apa itu?” tanya Syeikh.
“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya
tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan
syair-syair yang telah dilihatnya.
“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib
daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”
“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”
Syeikh menceritakan bahawa penghuni
ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya
berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa
dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi,
ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan
yang lain.
Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan
apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya
yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk
mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu.
Akan tetapi dia menolak.
“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta
kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu
mungkiri selepas kematianku nanti.”
“Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”
“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku.
Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di
pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan
menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”
Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal
dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap
hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang
menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia
berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis
kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi
sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi
pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar
bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar.
Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah
malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.
“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu
semalam?”
“Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan
kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab
abangnya.
Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor
itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera
memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.
“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat
agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk
memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi
peniaga.
Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang
ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku
sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.”
Dia meletak jawatan serta merta buat
menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil
mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di
hadapan sebahagian bekas rakyatnya. Pada hari-hari terakhir sebelum
kewafatannya, saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai
bekas gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang
diperlukan.
“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar.
“Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa
harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk
melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.”
“Boleh, Sila katakan.”
“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku
dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat
kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”
Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu
pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan
pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia
menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian
pulang.
Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar
datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah
saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara
saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah
itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran
yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan
hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat
ketakutan.
Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat
saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.
“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”
“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan
rumahku yang baru.
“Bagaimana keadaanmu sekarang?”
“Alhamdulillah baik.”
“Bagimana keadaan abang kita?”
“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”
“Apa pesan engkau kepadaku?
“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan
mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.”
kata saudara yang telah mati.”
Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari
urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi
bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada
Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus
wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah
berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya.
Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.
“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku!
Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya
minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.”
“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.”
“Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu
dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”
“Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.
Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera
melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya
setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di
pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat
menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada
keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.
Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi
melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau
berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut
lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk
menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu
dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal
engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti
orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga
tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang
tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada
maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”
Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga
dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan
terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa
yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada
fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua
keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.
Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan
dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai
datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa
di sana.
Radiallahu 'anhum.
Radiallahu 'anhum.
Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari
kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi
antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.
“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal
dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b
kepada Auf di suatu hari.
“Betul begitu?” tanya Auf.
“Betul.” jawab Sha’b.
Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia
terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang
mengunjunginya.
“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.
“Benar.” jawab Sha’b.
“Bagaimana keadaan dirimu?”
“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”
Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia
melihat ada tanda hitam di situ.
“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.
“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang
Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku,
bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi
pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun
dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku
yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan
pengertian baginya.”
Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.
Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.
“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan
kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara.
Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”
Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu
untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan
semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh
dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar
dibayarkan kepada si Yahudi.
Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk
menjelaskan hutang Sha’b.
“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.
“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku
telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.
Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi
Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”
Dengan demikian, Auf telah melaksanakan
amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.
Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa
serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan.
Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk
berziarah ke rumah jirannya.
“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas
kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.
Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa
menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu
telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak
berjaya.
“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang
mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.
“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan
seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.
“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”
“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan
tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang
telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara
dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung
seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul
membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula
kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu
telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana
kasihan kepada saudara, aku cuba
untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk
membukanya, tanganku terbakar.”
Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih
hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu.
Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang
dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan
itu?”
“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya
teman-teman Abu Sinan.
“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.
Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan
membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang
ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang
diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka.
Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu
akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”
(Ali Imran, 180)
Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah
Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan,
kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang.
Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar
bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat
dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan
seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.
“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli
kubur.
“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di
sini?” tanya Mutraf.
“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah
kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.
Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah.
Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam
keadaan gembira.
“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya
Mutraf.
“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.
“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang
paling mulia?”
Ahli kubur yang masih muda belia itu
menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji
dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap
kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah
yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”
No comments:
Post a Comment