Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang
boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan
naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa
sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya
yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di
syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama
orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun
dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam
perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk
di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus
masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa
seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan
bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan
dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut
membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir
betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah
orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu
iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita
dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya
kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua
mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada
khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku
sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak
sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”,
jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT
agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”,
tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT
menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua
ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya
sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang
soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak
yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa.
Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan
dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan
urusan kita. Urusan kita ialah
menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana
mereka menjaga kita sewaktu masih kecil
lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa
yang dilakukan, urusan kita ialah
memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat
tempat di akhirat dan alam kubur. Erti
kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit,
cukuplah dengan doa agar mendapat
tempat di sisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment