Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was
Salaam 'ala Rasulillah.
Aqidah Islam.
Kita kehendaki aqidah Islam yang sahih
menurut aqidah as salafus salih,
aqidah para sahabat Rasulullah s.a.w dan
para pengikut mereka, yang jauh
dari bida'ah dan khurafat karut marut.
Aqidah yang telah membentuk
generasi Muslim yang pertama, aqidah inilah
yang menguasai perasaan dan
pemikiran mereka dan menguasai segenap
urusan hidup mereka, memancarkan
kemampuan amal yang sunggah-sungguh di
dalam diri mereka. Aqidah tauhid
yang sejati ini memenuhi hati makhlukNya
dengan nur iman yang dengannya
dia berjalan di atas sirat al-mustaqim:
"Dan apakah orang yang sudah mati
kemudian dia Kami hidupkan dan Kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang
dengan cahaya itu dia dapat
berjalan di tengah-tengah masyarakat
manusia, serupa dengan orang yang
keadaannya berada di dalam gelap gelita
yang sekali-kali tidak dapat
keluar daripadanya?" (Al-An'aam:122)
Kita menghendaki pendukung aqidah yang
selamat sejahtera, menyedari
bahawa dia adalah suatu yang agung di dalam
hidup ini, menginsafi bahawa
dia mempunyai satu risalah yang penting,
bahawa dia hidup dengannya dan
hidup kerananya, dirinya bukanlah barang
yang remeh dan terbiar seperti
seekor kambing ataupun persis satu alat
akan tetapi dia merasai dirinya
kuat dan mulia kerana dia bersandar kepada
Allah yang Maha Kuat dan Maha
Perkasa. Apabila kita memperkatakan aqidah
tauhid di sini, bukanlah ilmu
tauhid yang membawa pendukungnya hanya
berkisar di daerah ilmu kalam dan
perdebatan melulu. Semoga Allah memberi
berkat kepada pujangga Iqbal
tatkala berkata: "Tauhid itu dahulu
satu kekuatan di antara manusia.
Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu
kalam."
Kita menghendaki pendukung aqidah yang
selamat sejahtera, yang beriman
kepada Allah, kepada malaikat, kepada
rasul-rasul Allah, kepada hari
Akhirat dan beriman kepada qadha' dan
qadar, baik buruknya dari Allah.
Iman yang teguh dan tidak goncang apabila
berhadapan dengan apapun
tekanan dan pengabuian mata yang membawa
keraguan.
Kita menghendaki aqidah salimah yang
memberikan kepada pendukungnya hati
yang mukmin yang mencintai Allah s.w.t sama
ada di waktu rahsia dan
terang, di waktu marah dan reda, di segala
keadaan, kerana semata-mata
berharap kepada rahmat kurnia Allah dan
redhaNya, kerana takutkan murka
Allah dan azabNya.
Kita menghendaki laki-laki aqidah yang
menimbang segala urusan hidup di
sekitarnya dengan timbangan rabbaniah.
Lantaran itu pandangan kepada
dunia dengan segala apa yang ada padanya
adalah merupakan pandangan
Islamiah yang sahih. Islam yang benar dan
tidak timbul daripadanya
sepatah perkataan, suatu perbuatan, suatu
gerakan atau diam kecuali dari
aqidah Islam dan sesuai dengan syariat
Islam, ajaran Islam dan adab-adab
Islam.
Kita menghendaki laki-laki aqidah yang
mengutamakan Allah di atas
segala-gala yang lain daripadaNya lalu dia
menyerahkan segala hartanya,
waktunya, pemikirannya, usahanya, jiwanya
dan segala apa yang ada
padanya kepada dakwah Islam. Dia terus
menerus bersabar dan berkorban
pada jalan Allah kerana mengharap keredhaan
Allah.
Kita menghendaki laki-laki aqidah yang
berbangga dengan saudaranya, yang
bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada
saudaranya dan menolong
saudaranya dan mencintai saudaranya, yang
memberikan pada saudaranya apa
yang paling disukainya bahkan mengutamakan
saudaranya dari dirinya,
serta memelihara kehormatan saudaranya.
Tidak membiarkan saudaranya,
tidak mengecewakan saudaranya dan tidak
mendedahkannya pada bahaya.
Kita menghendaki aqidah Islamiah yang
menjadikan pendukungnya merasai
tanggungjawabnya terhadap Islam, terhadap
saudara-saudaranya sendiri.
Dia tidak akan merasa senang dan tenteram
hatinya sehinggalah dia
melaksanakan tanggungjawabnya dengan segala
kemampuannya terhadap
dakwahnya, dakwah Islam.
[Utz Mustafa Masyhur]
No comments:
Post a Comment