Wednesday, 25 December 2013

ALAM ISLAMI




Intisari Alam Islami
Oktober-November 1998

Keadaan Dunia Miskin (Dunia Ketiga)
Penagihan Dadah Di Afghanistan
Keadaan Ekonomi Rakyat Di Palestina
Tentera Pimpinan Kristian Bunuh Ramai
Orang Acheh
Pengeboman Di Sudan Dan Krisis Asia
Rencana Jahat Amerika
Persekongkolan Turki, Jordan Dengan
Israel
Kunjungan Ratu Elizabeth Ke Brunei Dan
Malaysia
C.I.A Mengajar Polis Palestina Cara
Menyiasat


Keadaan Dunia Miskin (Dunia Ketiga)

(New Straits Time, September 1998):
Dalam suatu tinjauan yang dibuat oleh
UNDP (United Nations Development
Programme) didapati bahawa masih ada 1
billion penduduk dunia sekarang yang
tidak mendapat bahan keperluan dan
perkhidmatan yang mencukupi. Secara
puratanya seorang kanak-kanak yang
hidup di Amerika Syarikat, Perancis dan
Britain akan menggunakan dan
mencemarkan barang keperluan dan bahan
buangan dalam seumur hidup mereka 50
kali ganda berbanding dengan seorang
kanak-kanak yang hidup di negara
membangun. Pengunaan bahan-bahan
mentah oleh negara-negara maju di Barat
menyebabkan dunia mungkin tidak akan
dapat menyaksikan penggunaan dan
perkongsian yang sama rata, menurut
kajian itu lagi, 20% dari penduduk dunia
yang tinggal di negara-negara maju,
menggunakan 86% dari pengeluaran
bahan-bahan mentah dunia, 45% daging
dan ikan, 74% talian telefon dan 84% dari
semua kertas. Pengeluaran karbon
dioksida per kapita daripada pembakaran
bahan api adalah 21 tan metrik setahun di
Amerika berbanding dengan 3 tan metrik
di China. Dalam pada itu walaupun
negara-negara maju (Barat) mempunyai
secara puratanya taraf hidup yang tinggi
berbanding dengan negara negara lain,
tetapi dianggarkan seramai 17 juta
penduduk di negara-negara berkenaan
yang menganggur, tidak mempunyai tempat
kediaman dan kelaparan. Jumlah
penggangur sahaja adalah seramai 37 juta
orang. Lebih 100 juta orang hidup
dibawah paras kemiskinan dan 8%
daripadanya adalah kanak-kanak. 
Amerika Syarikat walaupun merupakan
negara pengguna bahan mentah terbanyak
dunia juga menpunyai purata pendapatan
yang tertinggi dikalangan negara maju,
tetapi juga mempunyai jumlah penduduk
termiskin paling ramai di kalangan
negara-negara maju.
Inilah natijah kapitalisma. Walaupun
negara negara maju seperti Amerika
Syarikat merupakan negara pengguna
bahan mentah terbesar dunia dan
mempunyai secara puratanya pendapatan
yang paling besar di kalangan negara
maju, masih terdapat ramai penduduk
yang hidup menggangur, miskin,
kelaparan dan tidak mendapat penjagaan
yang sempurna. Sistem kapitalis ini
menyebabkan jurang minoriti kaya dan
majoriti miskin adalah sangat besar.



Penagihan Dadah Di Afghanistan 

(New Straits Times, September 1998):
Pakistan mempunyai seramai 2 juta penagih
heroin dari penduduknya yang berjumlah seramai
130 juta. Pakistan juga mempunyai seramai satu
perempat daripada jumlah penagih dadah di
dunia. Di Afghanistan pula walaupun puak
Taleban mula berkuasa, tetapi pengeluaran heroin
adalah pada keadaan yang berganda. 
Dianggarkan bahawa Afghanistan adalah negara
pengeluar yang terbesar bersama dengan
Myanmar di dunia dan dianggarkan pada tahun
1997, Afghanistan mengeluarkan sebanyak 2,800
tan opium. Pada tahun lalu penguatkuasa Pakistan
merampas sebanyak 8.5 tan opium, 5 tan heroin
dan 15 tan dadah yang merbahaya yang lain.Pada
6 bulan pertama tahun ini, penguatkuasa Pakistan
juga telah berjaya merampas 1.4 tan opium, 1.1
tan heroin dan 28.5 tan dadah yang lain. Kerana
terdesak dengan perang saudara di Afghanistan,
penduduk tidak mempunyai apa-apa jalan lain
selain dari menanam tanaman yang boleh
mengeluarkan dadah kerana dengan jalan itu
penduduk tersebut boleh menyara hidup mereka
yang tertekan akibat dari perang saudara yang
berlanjutan. Walaupun di Pakistan telah ada
usaha- usaha untuk memberhentikan penanaman
pokok poppy dan lain-lain tanaman dadah yang
merbahaya, bahayanya masih ada dengan
penanaman pokok dadah di negara jiran
Afghanistan.



Keadaan Ekonomi Rakyat Di Palestina

Parti Likud di Israel adalah lebih terbuka
untuk membenarkan rakyat Palestin untuk
bekerja di Israel daripada Parti Buruh. 
Tahun lalu adalah merupakan tahun yang
baik untuk ekonomi Palestin, kerana
statistik menyatakan bahawa jumlah
syarikat berdaftar telah naik kepada 15%,
pinjaman bank kepada perniagaan
persendirian telah naik ke 60%,
pengangguran turun 24% kepada 21%
berbanding tahun 1996.Pada tahun 1996
bila mana telah berlaku beberapa serangan
berani mati terhadap penduduk Israel,
parti Buruh Israel telah menguatkuasakan
perintah berkurung 140 hari di wilayah
Tebing Barat dan Gaza. Ekonomi
bertambah buruk ketika itu dan
pengangguran bertambah 50% dan
beberapa perniagaan terpaksa gulung
tikar.Sejak perjanjian Oslo pada tahun
1993, GNP untuk seorang penduduk
Palestin telah berkurang kepada 35%. 
Sejak tahun 1993, pekerja Palestin dan
ahli perniagaan berasa sukar untuk
mendapatkan permit kerja. Pada tahun
1992, seramai 120,000 penduduk Palestin
dari wilayah dijajahi Israel berkerja di
Israel. Tetapi tahun 1997 menyaksikan
penurunan kepada 38,000 orang. Parti
Likud yang mula berkuasa sejak tahun
1996 mempunyai kelonggaran terhadap
tenaga kerja Palestin dari parti Buruh. 
Dalam tahun 1998, jumlah penduduk
Palestin yang bekerja di Israel telah
bertambah kepada seramai 45,000 orang. 
Juga telah ada beberapa kelonggaran
untuk rakyat Palestin untuk bergerak
bebas di antara Israel dan Palestin dan
juga Israel telah memberikan permit
tambahan kepada seramai 15,000 ahli
perniagaan Palestin. Sistem berkurung
yang diamalkan oleh parti Buruh adalah
berakar umbikan kepada perang tahun
1967 dengan negara Arab. Sebagai ketua
negara, Benjamin Netanyahu berpendapat
bahawa jika rakyat Palestin diberikan
kebebasan ekonomi, mereka akan berasa
puas dan kemahuan nasionalis mereka
terhadap suatu negara Palestin yang
merdeka akan menurun. Walaupun sikap
parti Likud terhadap pekerja Palestin
adalah lebih terbuka daripada parti Buruh,
Israel sekali kali tidak akan membiarkan
rakyat Palestin mempunyai ekonomi bebas
yang tidak bergantung kepada Israel
sendiri. Mereka tidak akan membenarkan
Palestinan Authority membuka sebuah
lapangan terbang atau sebuah pelabuhan di
wilayah Palestin.Israel juga tidak akan
membiarkan semenanjung Gaza dan Tebing
Barat dihubungkan secara ekonomi. Pada
sebelum tahun 1993, separuh dari bahan
keperluan yang dihasilkan di Gaza
dipasarkan di Tebing Barat, tetapi pada
tahun 1996, angka ini telah merosot
kepada 2%. Israel akan hanya
membenarkan rakyat Palestin dari Gaza
untuk membeli barangan dan belajar di
universiti di Tel Aviv daripada membeli
barangan di Ramalah atau belajar di
universiti di Tebing Barat. Langkah-
langkah ini adalah untuk mengelakkan
penduduk Gaza dan Tebing Barat dari
mempunyai ekonomi tersendiri tetapi Israel
mahu kedua dua wilayah bergantung
secara langsung kepadanya sendiri.
Samada Parti Likud atau Buruh, agenda
Yahudi adalah mahu terus berkuasa di
wilayah Islam yang ditawannya, dan
tidak akan ada sebarang pertukaran
dalam agenda mereka. Selama kaum
muslimin di Palestin masih seperti itu,
maka mereka tidak akan merasai semula
kekayaan alam mereka. Palestin adalah
tanah mereka, namun kini mereka mesti
mengemis kepada Israel. Betul-betul
hina. Sampai bila mereka akan tetap
seperti itu?


Tentera Pimpinan Kristian Bunuh Ramai Orang Acheh

(Economist September, 12-18 1998):
Selama beberapa tahun penduduk Acheh
mengetahui tentang timbunan mayat yang
tertimbus pada masa pemerintahan Suharto
tetapi tidak ada yang berani tampil ke
hadapan untuk mencari kebenaran. Tetapi
dengan B.J. Habibie yang menerajui
kerajaan yang baru ini telah memberikan
ruang kepada penduduk di sini untuk
mengetahui perkara tragedi yang berlaku
lebih kurang 1 dekad lalu. Pada tahun
1989 (ketika L.B. Moerdani menjadi
Menteri Pertahanan dan Keamanan),
Presien Suharto telah menghantar askar
khas ke rantau Acheh yang terletak kira
kira 1,500 km dari barat laut Jakarta
untuk menghapuskan suatu gerakan
pemisah. Menurut laporan suatu gerakan
hak asasi manusia, ramai penduduk telah
dibunuh, dirogol dan didera dan tidak ada
yang berani tampil ke hadapan untuk
menyuarakan kebenaran kerana ketakutan. 
Antara tugas Habibie adalah untuk
memulakan suatu penyiasatan keatas
peristiwa pada tahun 1989. Pada bulan
Ogos, ketua angkatan tentera General
Wiranto telah mengatakan rasa kesalnya
keatas apa yang berlaku di Acheh dan
berjanji akan mencari anggota tentera yang
terlibat melakukan jenayah keatas
penduduk Acheh itu. Tetapi General
Wiranto terpaksa menghantarkan
tenteranya semula ke Acheh kerana
sejurus sebelum tentera berundur,
penduduk Acheh telah merusuh. Bumi
Acheh kaya dengan bahan semulajadi
seperti gas asli, arang batu, emas dan
hutan tropika dan kerajaan Indonesia
selalu mengharapkan kekayaan Acheh
dapat diagihkan untuk keperluan untuk
menampung kepadatan penduduk di Jawa,
jadi tidak menghairankan mengapa
kerajaan mahu memberhentikan segala
gerakan pemisah di Acheh. Tetapi oleh
kerana bumi Acheh yang kaya tidak
membawa kekayaan kepada penduduk
Acheh sendiri, maka ramai penduduk telah
melaungkan sokongan mereka kepada
gerakan pemisah mereka. Kementerian
yang dibentuk oleh Habibie telah
menyatakan supaya setiap kawasan di
Indonesia mestilah mempunyai lebih
kebebasan ke atas kekayaan alam mereka
daripada ditadbirkan secara langsung dari
kerajaan pusat. Ini berikutan dengan rasa
tidak puas hati yang terdapat pada
penduduk-penduduk di merata rata
Indonesia seperti di Timur Timur, Irian
Jaya dan kawasan lain dari Jawa.
Telah berlaku pembunuhan beramai
ramai di Timur Timur yang majoritinya
adalah penduduk Kristian yang
mendapat liputan meluas di dunia, tetapi
orang Islam yang terkorban di Acheh
oleh regim yang sama tidak ada sebarang
liputan oleh akhbar. Kekayaan dari
segala pelusuk Indonesia digunakan
untuk mengkayakan Suharto dan segala
proksinya dan kroninya, diharap Habibie
tidak akan melakukan kesilapan Suharto
kerana kemungkinan revolusi yang lebih
buruk akan menimpa Habibie dari apa
yang menimpa Suharto.


Pengeboman Di Sudan Dan Krisis Asia Rencana Jahat Amerika

Pengeboman Amerika pada kilang ubat
Sudan merupakan tindakan Amerika untuk
menunjukkan bahawa dialah ‘hero’ atau
pahlawan yang boleh menyelamatkan
dunia. Sebab, tindakan ini dilakukan oleh
Amerika setelah Amerika kehilangan
pengaruh di mata dunia, setelah tidak
mampu mengendalikan NATO dalam kes
pengeboman Serbia ke atas Albania. 
Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi
akibat polisi IMF yang dilakukan terlalu
rakus untuk mengumpulkan
sebanyak-banyaknya kekayaan dunia ke
kantong Amerika, yang menyebabkan
kegawatan ekonomi di kawasan Asia yang
kemudian berkesan juga pada pasar
ekonomi dunia.
Negara-negara Eropa ketika ini juga telah
bangkit dan bersatu untuk menentang
kekuatan Amerika sebagai polis dunia. 
Seperti halnya Amerika intervensi di
Indonesia untuk menyelesaikan kegawatan
ekonomi, yang sampai sekarang gagal
mengendalikan kemerosotan ekonomi. Di
Palestin sendiri, Amerika gagal menekan
Israel agar menghentikan pembangunan
kawasan pemukiman. Semuanya
menunjukkan kelemahan Amerika. Namun,
dalam keadaan seperti itu, Amerika ingin
menunjukkan kepada dunia bahawa dialah
pahlawan yang akan menyelematkan dunia
setiap kali ada masalah. Sementara
masalah itu, sebenarnya dialah yang
menciptakannya sendiri hanya untuk
diiktiraf oleh dunia, bahawa dirinya adalah
‘malaikat penyelamat’.
Inilah yang dilakukan oleh Amerika ke
atas Sudan dan Afganistan. Dan terakhir
ke atas konflik Afganistan dengan Iran. 
Semuanya adalah kerja Amerika agar
boleh disebut sebagai ‘malaikat
penyelamat’, sehingga kedudukannya
sebagai polis dunia tetap boleh
dipertahankan. Sebab, semua rusuhan dan
kejahatan yang terjadi, sama ada di
Indonesia, konflik Iran-Afganistan,
pengeboman ke atas Sudan, semuanya
merupakan kerja Amerika melalui
agen-agen atau tangan-tangannya. Di
Indonesia melalui NGO yang kebanyakan
Kristian, iaitu 75 % daripada keseluruhan
NGO yang ada. Di Iran, melalui Khatami,
iaitu pemimpin yang pro-Amerika,
termasuklah di Afghanistan yang dilatih
dan dididik oleh Amerika. Demikian pula
di Palestin, dimana Arafat adalah agen
Amerika. Jadi, semuanya adalah
agen-agen Amerika, yang diciptakan untuk
membuat kerusuhan kemudian mengundang
Amerika untuk menjadi ‘malaikat
penyelamat.’ Sebagai konflik yang pernah
terjadi di Teluk, pada tahun 90-an, iaitu
antara Irak, Kuwait dan Arab Saudi. 
Semuanya adalah ciptaan Amerika.
Terakhir di Malaysia, Amerika ingin
menghilangkan pengaruh Inggris, dengan
menyingkirkan Dr. Mahatir, dan
mengangkat Anwar Ibrahim. Namun, gagal
dilakukan setelah Anwar disingkirkan oleh
Dr. Mahatir. Maka, Amerika menggunakan
Singapore untuk memancing konflik
dengan Malaysia melalui Lew Kwan Yiew,
agar Amerika boleh menjadi penyelesai,
tetapi akhirnya gagal. Kemudian
menggunakan tangan Habibie (Indonesia),
Estrada (Filipina). Amerika ingin
menguasai Asia, setelah menghancurkan
ekonomi Jepun. Hati-hatilah kepada setan
Amerika, dan setan-setan lainnya. Umat
mesti bebas dari imperalisme Baru ini.



Persekongkolan Turki, Jordan Dengan Israel

Israel berusaha untuk menjadikan Jordan
sebagai wilayah neutral, agar dapat
menyukarkan pihak lain yang ingin
menyerangnya. Apabila Israel sebelumnya
merasai serangan tentara Mujahidin
Lebanon ke atas wilayahnya. Ini adalah
strategi Israel untuk memperkuat
kedudukannya dengan menggunakan
wilayah kaum muslimin. Di sinilah
bodohnya Raja Hussein. Memang. 
Bahkan, Raja Husseinlah yang telah
menyerahkan sebahagian wilayah Lebanon,
yang kononnya melalui perang enam hari,
yang nyatanya tidak terjadi peperangan. 
Bahkan, tentera kaum muslimin sengaja
dibunuh ketika itu, agar ada kesan bahawa
mereka telah diserang oleh Israel. 
Pemimpin mana yang sanggup menjadikan
rakyatnya dibunuh untuk menjadi mangsa
musuhnya? Tentu dia bukan pemimpin
kaum muslimin.
Demikian juga halnya dengan Turki. Turki
dimanfaatkan oleh Israel untuk melakukan
latihan ketenteraan dengan Israel,
sehinggalah kedudukan tentera Israel kuat. 
Inilah kebodohan kaum muslimin. Mereka
membantu musuh mereka dan musuh Allah
untuk membantai diri mereka sendiri. 
Israel memang mempunyai rencana jahat
untuk menyerang Syria dari Turki. 
Memang bodoh.



Kunjungan Ratu Elizabeth Ke Brunei Dan Malaysia

Kunjungan Ratu Elizabeth ke Brunei dan
Malaysia sebagaimana diungkapkan oleh
sang Ratu ketika berucap di Brunei adalah
kunjungan sabahat kepada sahabat yang
lain. Katanya: “Sebagai sahabat, British
tidak akan membiarkan sahabatnya
mengalami masalah. Sebab, British
bukan sahabat ketika senang sahaja,
melainkan juga sahabat ketika susah.”
Benarkah British menjadi sahabat
negeri-negeri kaum muslimin, seperti
Brunei dan Malaysia, yang pernah dijajah
berabad-abad. Sejak bila British menjadi
sahabat negeri jajahannya. Dan benarkah
penjajah adalah sahabat? Negara yang
telah menghancurkan seluruh kekuatan
kaum muslimin, termasuk agama, ideologi,
sistem kehidupan, tamadun, bahkan
kemudiannya mengeksploitasi kekayaan
alamnya untuk kepentingan mereka? 
Benarkah ini merupakan tindakan sahabat?
Ini merupakan pernyataan sang Ratu yang
simpatik itu. Namun, sesungguhnya
disebalik pernyataan itu ada maksud jahat. 
Apakah maksud jahat itu?
Ketika ini, negara-negara Eropah berusaha
untuk merebut kuasa besar dunia
meminggirkan kedudukan Amerika setelah
British diasingkan dari kedudukan sebagai
salah satu kuasa dunia, yang ketika itu
adalah British, Perancis, USSR dan
Amerika. British diasingkan dengan
Perancis pada tahun 1960an. Kunjungan
sang Ratu ke bekas negeri jajahan tersebut
adalah untuk menyusun kekuatan dengan
adanya sokongan dari negara-negara
bekas jajahannya. Maka, ia berusaha
menarik simpati negara-negara jajahannya
dengan ungkapan yang simpatik.. Maka,
waspadalah kepada negara penjajah,
sebab penjajah adalah penjajah. Tidak
akan pernah menjadi teman atau sahabat
yang sejati. Ingat, Britishlah yang
menghancurkan khilafah Islam di Turki,
pada 3 Mac 1924.


C.I.A Mengajar Polis Palestina Cara Menyiasat

(New York Times: 5/3/98) Sumber rasmi
kerajaan Amerika Syarikat mengatakan,
bahawa C.I.A. masih melatih pasukan
keamanan dalam pasukan Polis Palestin
untuk melakukan tugas-tugas penyiasatan,
mengumpulkan maklumat, melakukan
investigation serta teknik-teknik
penyiasan yang lain.
Sumber rasmi tersebut juga menyatakan,
bahawa orang Israel yang berada di C.I.A. 
juga mengajari bagaimana cara memerangi
aktiviti teroris dan aktiviti rahasia. Mereka
mengajari orang khas dalam pasukan
keamanaa Palestin tersebut, sejak tahun
1996 di USA hingga mulai dari taraf
menengah (intermidiate) hingga tinggi
(advance). Tokoh F.B.I yang bekerja di
C.I.A. yang bertugas untuk menangani
teroris juga membantu didalam melatih
orang-orang Palestin tersebut.
Menurut laporan tersebut, tujuan mereka
ini dilatih adalah: Pertama, untuk
meningkatkan kemampuan pasukan
keamanaan Palestin serta
menyempurnakan kemampuan pasukan
tersebut untuk mengetahui
kelompok-kelompok teroris serta
menangkap orang-orang yang disyaki
dalam kelompok tersebut. Komentar
mereka, bahawa pasukan tersebut telah
berhasil mencapai tujuan pertama ini
dengan gemilang. Kedua, meningkatkan
kepercayaan pemerintah Israel kepada
pemerintah Palestin.
Latihan tersebut dilakukan sebagai
program bersama antara C.IA., pasukan
keamanan Palestin dengan Mossad. Yang
menjadi perantara terjadinya program
tersebut adalah ketua pengarah C.I.A. 
yang berada di Israel, yang melakukan
usaha untuk memerangi terorisme yang
dilakukan oleh organisasi perlawanan
Islam, seperti HAMAS, serta
meningkatkan usaha untuk melakukan
perdamaian di wilayah tersebut.



No comments:

Post a Comment