1.
Berpengetahuan tinggi dengan
erti yang sebenarnya,bukan berdiploma tinggi,
kerana ia akan memimpin dan mentanfizkan segala hukum Allah dan
peraturan-peraturan-Nya, baik terhadap rakyat yang beragama, atau orang-orang
yang tidak beragama, mahupun terhadap negara.
Orang yang tidak mengetahui hukum Allah tentunya tidak dapat
menjalankannya dengan sempurna.
2. Adil
dengan erti yang luas, bererti menjalankan segala kewajipan dan menjauhi
segala larangan serta dapat menjaga kehormatan dirinya. Khalifah selain dia
sendiri wajib mentanfizkan hukum, juga berkewajipan mengawasi segala hukum yang
dijalankan oleh wali-wali negeri yang diserahinya.
2.
Kifayah, ertinya
bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan
pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala
ancaman musuh.
4. Sejahtera
pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan
(berfikir atau kekuatan jasmani atau tenaga bekerja).
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu
sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa
di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim".
(al-Maidah:51)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang
menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan
permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu
dan (jangan kamu jadikan) orang kafir
sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu
sungguh-sungguh orang beriman".
(al-Maidah : 57)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
kamu ambil sebagai sahabat setia lain daripada golongan
kamu; mereka itu tidak henti-hentinya
berikhtiar menarik kecelakaan keatas kamu, mereka itu suka
apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya
kebencian telah terbit dari mulut mereka itu, tetapi apa
yang tersembunyi dalam hati mereka itu
adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda
kepada kamu, jika kamu (mahu
berfikir)". (Ali-Imran : 118)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin);
padahal mereka itu bukan dari kalangan
Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan
yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?".
(al-Nisa' : 144)
"Ingatlah! Kamu ini mengasihi mereka
itu sedangkan mereka tidak mengasihi kamu dan kamu
percaya kepada seluruh kandungan al-Quran
sedang mereka apabila bertemu denganmu mereka
berkata: 'Kami beriman', tetapi apabila
berpisah, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah
bercampur benci kepada kamu. Katakanlah
kepada: 'Matilah kamu bersama kemarahanmu itu',
Allah mengetahui apa yang terkandung dalam
dadamu". (Ali-Imran :119)
"Berilah khabar kepada orang munafiq,
iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin -
bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah
mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu?
Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi
Allah". (al-Nisa' : 139)
"Allah sekali-kali tidak memberi jalan
bagi orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin".
(al-Nisa':141)
"Wahai orang-orang beriman, janganlah
kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu
menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir
daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi
pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah
orang yang zalim". (al_Taubah : 23)
No comments:
Post a Comment