Keanehan-keanehan Tukang
Azan
Syekh Syihabuddin
Muhammad bin Ahmad di dalam kitabnya “Al-Mustatraf” menceritakan tentang
peristiwa-peristiwa tukang azan, di antaranya:
( i )
Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya terlalu perlahan: “Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah sedikit.”
Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya terlalu perlahan: “Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah sedikit.”
“Aku dapat mendengarkan suaraku dari jarak satu batu.” jawab si
Muazzin.*
( ii )
Seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan lari seperti mengejar sesuatu.
Seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan lari seperti mengejar sesuatu.
“Hendak kemana engkau?” tanya orang.
“Aku ingin mendengarkan azanku sampai kemana gemanya.” *
( iii )
Diceritakan pula bahawa ada dua orang lelaki telah bersengketa pasal seorang jariah. Kerana tidak ada yang mahu mengalah, kedua-duanya sepakat menumpangkan jariah itu kepada seorang muazzin. Pada sebelah pagi setelah berazan, tiba-tiba muazzin itu berkata: “La ilaha illallah....telah hilang rasa kepercayaan dari manusia.”

“Bagaimana rasa kepercayaan boleh hilang dari manusia?” tanya
mereka.
“Ini buktinya.” kata tukang azan itu sambil menunjuk kepada
jariah yang ditumpangkan kepadanya. “Jariah ini ditinggalkan kepadaku. Kata
yang menumpangkannya dia masih perawan. Tapi setelah aku menggaulinya, ternyata
dia sudah janda.”*
( iv )
Dikota Humas ada seorang tukang azan yang memekik-memekik pada pagi Ramadhan: “Bersahurlah kalian! Aku sudah menyuruhmu. Cepatlah makan, sebelum saya berazan. Allah akan menghitamkan mukamu.” *
Dikota Humas ada seorang tukang azan yang memekik-memekik pada pagi Ramadhan: “Bersahurlah kalian! Aku sudah menyuruhmu. Cepatlah makan, sebelum saya berazan. Allah akan menghitamkan mukamu.” *
Seorang berazan sambil melihat lafaz-lafaz
azan yang ditulis pada sehelai kertas.
“Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka.
“Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka.
“Jangan tanya kepada saya, tapi pergilah kepada Kadi.” jawab
Muazzin itu.
Mereka pun pergi ke rumah Kadi dan mengucapkan:
“Assalamualaikum, wahai tuan Kadi.”
Kadi tidak segera menjawab, tapi masih mengeluarkan sehelai
kertas lalu dibacanya: “Wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.”
Maka orang-orang surau itu pun datang kepada
si Muazzin dan meminta maaf setelah mengetahui bahawa kadinya juga tidak hafal
Assalamualaikum...” *
( v )
Seorang perempuan mendengar muazzin melaungkan azan Subuh setelah terbit matahari. Ketika sampai pada “Asshalatu khairum minannaum (Solat itu lebih baik daripada tidur), perempuan itu menjawab: “Tidur lebih baik daripada solat seperti sekarang ini.”

Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad
menceritakan pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada
beliau.
( i )
Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”

“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan
apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk
menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. *
( ii )
Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu.
“Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.

“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.
“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”
“Kami tidak punya.”
“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.”
“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”
“Kami tidak punya apa-apa.”
“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah
keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.”
kata si pengemis lalu pergi. *
( iii )
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.”
“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.
“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan dua
kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami
betul-betul lapar.” kata si pengemis.
Semasa masih dalam Yahudi, Abdullah bin Saba’
telah mengatakan bahawa Yusa’ bin Nun telah mendapat wasiat dari Nabi Musa
Alaihissalam tentang kepimpinan selepasnya. Apabila masuk Islam, dia
mempromosikan ideanya pula yang mengatakan bahawa Ali bin Abi Thalib telah
mendapat wasiat dari Nabi Muhammad SAW agar memegang kepimpinan sesudah
kemangkatan baginda.
Abdullah bin Saba’lah yang mula-mula
mengatakan bahawa imamah itu adalah hak Ali bin Abi Thalib, dan dia telah
mencerca sahabat-sahabat yang lain. Dia berkata bahawa Ali bin Abi Thaliblah
yang menyuruhnya agar mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila Ali mendengar
perkara tersebut, beliau telah memerintahkan agar Abdullah bin Saba’ ditangkap
dan dibunuh. Akan tetapi ketika hukuman akan dijalankan, beberapa orang
pendukungnya telah menghalangnya dengan suatu alasan. Kemudian Ali membuang
bekas tokoh Yahudi itu ke Madain. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Saba’ masih
tetap mempertahankan ideanya kerana memang bertujuan ingin menggoncang aqidah
umat Islam dari dalam.
Ketika berita kewafatan Khalifah Ali telah tersebar,
Abdullah bin Saba’ menyumpah-nyumpah membantah dan tidak mempercayainya. Dia
telah berkata kepada orang yang membawa berita itu: “Engkau telah berbohong!
Walaupun engkau bawa ke sini otak Ali dalam tujuh puluh dulang dan engkau bawa
tujuh puluh orang saksi yang adil mengakui bahawa Ali telah terbunuh, aku tetap
tidak mempercayainya. Aku tahu bahawa Ali tidak akan mati dan tidak akan
terbunuh. Sesungguhnya beliau tidak akan mati sehinggalah beliau menguasai
seluruh muka bumi ini.”
Apa yang jelas, Sayyidana Ali bin Abi Thalib memang wafat terbunuh, kerana beliau adalah manusia biasa juga.
Apa yang jelas, Sayyidana Ali bin Abi Thalib memang wafat terbunuh, kerana beliau adalah manusia biasa juga.
Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah
mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu
perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qahir
dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah
untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa
gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Baghdad dan dibawa ke Ghazanah.
Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau
terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga
huruf saja iaitu: ( Alif, Lam, Mim ) Sultan bingung
ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau
memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya.
Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha
mempadan-padankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang
diawali dengan huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung
kaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.
Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang
yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak diambil kira
oleh mereka.
“Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia
surat itu.” kata si pemuda.
Para pegawai istana melaporkan tawaran si
pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.
“Panggil dia ke sini.” kata Sultan.
Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah
berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah menghantar
surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan
tentera bergajah?”
“Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan.
“Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang
ertinya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak
terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka
(untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?”
(Al-Fil:
1-2)
“Oh...
betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa
dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si
pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa gelihati sendiri
kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang
dimulakan dengan Alif lam mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.*
Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat
menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat
menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”
No comments:
Post a Comment